Set Kesuburan

Leave a comment

impikan cahaya mata

Inginkan cahaya mata? Dah bosan dengan pertanyaan-pertanyaan yang mengguris hati? Tapi belum mahu berhenti mencuba…?

set kesuburan

Kalau anda tanya saya… saya ingin sekali sarankan anda untuk MENCUBA vitamin-vitamin Shaklee ini kerana ianya halal, semulajadi, selamat dan berkesan.

Biarpun nanti ketentuan zuriat itu tetap terletak di tangan Sang Pencipta, sekurang-kurangnya vitamin-vitamin ini tidak memudaratkan anda, malah semakin memberi nilai tambah kepada kesihatan anda.

Teruskanlah usaha… percayalah.. Allah Maha Mensyukuri usaha hambaNya.

Khasiat setiap produk:

1. GLA Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga ak…an bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

2. Zinc Complex

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

3. Vitamin C

Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis ‘sustained release’ di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

4. B-Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.

5. Vita E Complex

Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
berminat dengan produk ini

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA