Silica Gel

Leave a comment

Biasa tak nampak silika gel ni dalam kotak kasut. Handbag. Dan dalam botol-botol vitamin? Tujuan silika gel ini adalah untuk menyerap lembapan.
Tapi, dalam setiap botol supplement Shaklee TIDAK ADA silika gel. Sebabnya supplement Shaklee sememangnya asli dan tulen.

BUKAN VITAMIN SINTETIK!!

Malah vitamin Shaklee telah mendapat sijil pengiktirafan HALAL oleh Islamic Services of America, sebuah badan yang diperakui oleh JAKIM Malaysia.

SILICA GEL


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Mengapa Badan Kita Memerlukan Supplement?

Leave a comment

 

7 SEBAB MENGAPA BADAN KITA PERLUKAN SUPLEMEN?

1. Dalam sesetengah situasi,  badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan .
2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.
4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafien, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
6. Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.
7. Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.

Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Set Berpantang

Leave a comment

new born 2

Anda bakal menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga? Tahniah… semoga segala urusan dipermudahkan.. masih tercari-cari set berpantang yang sesuai…?

Shaklee mempunyai satu set berpantang MODEN yang sesuai dengan budget anda. Yang pastinya set berpantang ini bukan jamu tetapi vitamin-vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh badan anda. Set ini juga sesuai untuk anda yang berhasrat untuk menyusui anak anda kelak.

set berpantang

Khasiat produk set berpantang Shaklee:

1. Vita C Plus

Sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan serta cepat membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Selain menguatkan sistem pertahanan badan, Vitamin C juga penting untuk pembentukan kolagen dan penting untuk kecantikan kulit.

2.  B-COMPLEX

Bertindak sebagai penenang dan meredakan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga boleh meningkatkan sel darah merah dan sangat penting dalam menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Oleh sebab itu, ibu-ibu berasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikan.

3. ZINC COMPLEX

Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink adalah ikan haruan. Agak sukar utk memasak ikan haruan setiap hari dan agak bosan juga jika memakannya setiap hari. Justeru pengambilan Zinc Complex setiap hari adalah pilihan tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi ‘kedinginan’ selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.

4. VITA-LEA

Sangat penting diambil oleh ibu-ibu kerana vita-lea lengkap dengan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ketika berpantang, terlalu banyak makanan yang kita terpaksa pantang makan sebab itulah vitalea sangat membantu melengkapkan keperluan ibu ketika ini. Zat besi sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan darah merah untuk menggantikan darah yang banyak hilang ketika bersalin. Ibu-ibu yang kurang vitamin akan kelihatan pucat, letih dan kurang bermaya.

APA KATA PENGGUNA SET BERPANTANG SHAKLEE???

TESTI SET BERPANTANG 04

testi set berpantang

TESTI SET BERPANTANG 05

TESTI SET BERPANTANG 02

berminat dengan produk ini


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Panduan Pengambilan Supplement Shaklee

Leave a comment

Jadual ini hanya cadangan sahaja. Feel free untuk tukar jadual ini berdasarkan keperluan anda. Shaklee adalah supplement. Bukan ubat. Jadi tiada specific time untuk ambil. Cumanya, kite kene buat aturan makan buat customer kite ikut sifat vitamin tu sendiri, supaya penyerapan nutrien dalam setiap vitamin berkesan dan optimum. Jadi, untuk menyenangkan jadual kita, kita cuma perlu alert kepada beberapa rules. Ikut je rules ni, in sya Allah selamat.

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

ZINC COMPLEX : Diambil ketika perut kosong (sejam sebelum makan atau 2 jam selepas makan) Ini kerana sifat zinc yang suka menempel-nempel pada mineral/nutrien lain sewaktu proses penghadaman.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

4. JANGAN mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana ianya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!

Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat consultation secara PERCUMA. pm @ whatsapp Nadia Aziz l 017-925 0078

Jadual makan supplement


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Panduan Memilih Produk Kesihatan

Leave a comment

Berikut adalah panduan untuk memilih produk kecantikan dan kesihatan:

1. Halal.

2. Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Dihasilkan dari bahan semulajadi.

4. Tidak mengandungi bahan kimia merbahaya.

5. Mempunyai kajian dan ujian klinikal.

6. Harga berbaloi standing dengan kualitinya.

 

Produk Shaklee TERBUKTI memenuhi piawaian produk kesihatan yang selamat dan harus anda pilih.

MENGAPA SHAKLEE ?
1. Produk Shaklee di Malaysia disahkan HALAL oleh ISA-Islamic Service of America, badan yang diiktiraf oleh JAKIM.
2. Berasaskan sumber semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis, pewarna, dan perisa.
3. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga.
4. Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.
5. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
6. Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain.
7. Produk Shaklee terserlah diseluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka.

Halal

Pengesahan KKM

ujian klinikalPerbezaan Shaklee


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA