Kenapa Shaklee?

Leave a comment

Sumber : http://www.drmalinda.com/2013/09/my-shaklee-story.html

KENAPA SHAKLEE ?

Assalamualaikum untuk anda yang dirahmati Allah.

Kerapkali saya menerima inbox yang bertanya kenapa saya mencadangkan atau mengesyorkan produk Shaklee.

Tidak kurang juga yang melamar untuk pelbagai produk pemakanan yang lain.
Selalu juga orang bertanya, Doktor buat Shaklee ke?

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya.

September 2004 ~ 9 tahun lepas.

Saya rasa buntu dengan keadaan suami yang menghidap migraine yang sangat kronik. Hampir setiap minggu, pasti ada attack sehingga tahap menghantuk-hantuk kepala ke dinding.

Pelbagai ubat tahan sakit dah saya beri, dari yang biasa-biasa, sampailah yang paling kuat. Sama je. Habis ubat tahan sakit, sakit la semula. In a process untuk dapatkan Ct-brain appointment. Takut juga ada ketumbuhan, etc.. Nauzubillah.

As a doctor, banyak pesakit saya yang ‘bocor’ usus disebabkan terlalu banyak makan ubat tahan sakit. Yang menderita kegagalan buah pinggang pun tak kurang banyaknya.

So, saya dah boleh jangka, jika keadaan berterusan begini, risiko untuk suami menjadi sebahagian dari statistik sangat tinggi. NO! Saya tak sanggup. Sudahlah arwah ayah dulu.

Saya mula mencari alternatif kepada rawatan dan mula mencari jawapan melalui kekuatan nutrisi. Mula menjinak-jinakkan diri ke farmasi untuk mencari supplement. Walaupun tahu kebanyakkan di farmasi adalah ‘chemical based’ tetapi, tidak banyak pilihan ketika itu.

Allah Maha Mendengar.

Tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon di satu petang, ada pula rakan sekolah lama ingin datang ziarah ke rumah. Benarlah kata orang, tetamu datang membawa rezeki.  Tapi rezeki kali ini ~ Satu hadiah yang mula-mula saya nak tolak juga, almaklumlah.. Bila dengar melalui MLM, ada juga rasa nak lari.. hihi

Tapi, saya sentiasa bersikap terbuka.

Walaupun bergelar doktor perubatan, tak semestinya kita tahu semua. Saya buang ego sebagai seorang doktor. Berapa banyak la subjek nutrisi di ajar masa di sekolah perubatan dulu, kurang dari 5% rasanya. Kalau ubat memang banyak la.

Tapi, ilmu Allah tu luas. Apa yang kita tak tahu, tak semestinya tak bagus. Betul ke Betul?

Jangan perlekeh pengetahuan insan lain.

Macam payung terjun, kena terbuka luas baru berfungsi dengan baik, sama juga dengan minda kita. Kalau tertutup taksub, kita akan banyak hilang peluang yang Allah berikan.

Walaubagaimanapun, orang yang dah biasa menggunakan otak kiri – masih akan mencari fakta. Clinical studies.

Saya mula mencari fakta-fakta sains dan ujian klinikal ke atas produk-produk Shaklee. Bimbang jugak jika ada steroid etc.

Alhamdulillah, semua pembacaan dan kajian sendiri saya menunjukkan jawapan yang positif terhadap produk Shaklee. Bukan senang nak percaya. Biasanya doktor mmg dilatih utk melihat evidence based medicine.

Shaklee mempunyai banyak back-up science studies.

So, saya lebih confident dan saya dibukakan hati  untuk seterusnya menggunakan produk Shaklee, of course, specially for my beloved hubby. Antara produk awal yang dia makan malam tu – ESP, Bco, Vita C, Vitalea + Calsium.

Pukul 3 pagi, tiba-tiba dia bangun sakit perut, cirit birit. Wah.. Risau jugak, keracunan ke apa ni? Shaklee ‘Natural based’, produk sejak tahun 1915, takkan la keracunan kot.. Confirm toksik banyak dan healing crisis ni, that was my thought.

Tapi , dengan kuasa diktator sebagai menteri kesihatan di rumah..hihi.. Saya paksa dia untuk teruskan pengambilan supplement tersebut. Suprisingly, selepas seminggu, tak ada migraine attack.

Lepas 2 minggu pun tak ada.  Siap tunggu attack lagi dan ada pernah sekali, cuba kenakan hujan di kepala. Selalunya kalu kena hujan, sure tumbang, tapi Alhamdulillah. It really works.

Ok, gembira dengan testimoni pertama saya yang menunjukkan hasil positif.

Saya beralih  ke mak saya pula – Gastrik yang sangat teruk, almost setiap bulan kena. Pantang salah makan sikit, terus sakit perut, muntah-muntuh, cirit birit dan flat untuk sehari dua.

Bertangguh nak buat scope sbb kesian sangat nak tengok mak saya di masukkan ‘wayar hitam berkamera’ tu kat mulut.. huhu. Ubat gastric dah macam-macam la. Kalu setakat ubat biasa dah tak jalan.

Saya just bagi mak saya masa tu – ESP, Alfalfa, Zinc + Beta carotene.

She shown tremendous improvement within one month. Mula-mula macam tak percaya. Tak kan la supplement lagi power dari ubat. Kalau cam tu, kenapa tak ajar masa kat medical school dulu? Kenapa government tak supply?

Tapi, bila saya membaca lebih lanjut– saya dapat jawapan.

Badan kita adalah satu mesin kompleks yang istimewa yang Allah ciptakan.

Beri dia nutrisi atau zat yang diperlukan, dia tahu untuk ‘repair’ sendiri.

Body Healing Mechanism. Subhanallah.

Saya terfikir, jika suami dan mak saya mendapat kebaikan dari produk Shaklee. Kenapa tidak saya berkongsi dengan keluarga, rakan-rakan dan pesakit saya.

Then, bermulalah sessi sharing saya yang membawa kepada pelbagai tanggapan negative keluarga, kawan-kawan etc etc..

Pelbagai reaksi saya terima ..

Supplement? Rubbish! Just an expensive urine!

Dah tak cukup duit ke jadi doktor sampai nak buat Shaklee?

Shaklee mahal. Nak cepat kaya la tu.

Doktor mana boleh berniaga. Langgar etika.

Desperate sangat ke?

Boleh. Doktor kalau jual tahi bungkus cantik-cantik pun orang beli.

Itu tak termasuk panas telinga bila kawan-kawan perli.

Orang kaya la. Jutawan la. Saya amin kan saja doa-doa itu.

This is what I get, 9 years ago. Sinis. Pedih. Sedih. Hanya Allah je yang tahu.

Hippocrates Oath kata : DO NO HARM. Itu yang saya pegang.

Saya tak jual ubat batuk haram di klinik.
Saya tak ada jual ubat tidur.
Saya tak tambah apa-apa dadah yang membahayakan diri.
Saya tak bantu siapa-siapa gugurkan anak melalui produk.

Saya hanya berkongsi nutrisi, pemakanan yang sel kita perlukan.

Itu yang menjadi pegangan saya. Tak perlu rasa bersalah. Itu yang menjadi visi dan misi saya bahawa satu hari nanti, pasti ramai yang sedar kepentingan pemakanan tambahan dalam kehidupan dunia sekarang.

Ini yang menyuntik semangat saya untuk mendalami ‘Preventive Medicine’. Biar agak lari dari mainstream medicine, tapi saya tahu saya ada misi dan visi saya sendiri.

Walaupun dibesarkan dalam keluarga bussiness minded – Mak dan arwah ayah mmg nak jadi jadi bisnesswoman, tapi sy berkeras nak jadi doktor. Jiwa sains kata saya..hihi. Tapi rupa-rupanya darah bisness memang ada sedikit sebanyak. Saya juga tengok lifestyle orang berniaga. Masa urus sendir. Tak de punch in dan punch out. Bebas!

Saya mula berkongsi dengan ramai orang. Bila kita berkongsi kebaikan, kita juga akan dapat kebaikan. Buat baik kan dapat pahala. By sharing, kita dapat Cash, Car dan Convention bonus dari company Shaklee. Tak apa, kalu kita nak tolak pun boleh, tapi dah company nak bagi.. Rezeki jangan di tolak.

Apa yang saya perhatikan. Ramai orang datang dan pergi bila buat bisnes Shaklee.

Tapi saya di sini bukan sekadar untuk Duit, Kereta atau Pelancongan percuma sahaja. Alhamdulillah, 5 figure income, 2 kali bonus kereta dan pelancongan ke luar negara dah banyak kali kami rasa tapi bukan itu sahaja matlamatnya.

Bukan itu matlamat saya. Ada banyak perkara yang lebih besar dari itu.

Saya tidak mahu anda semua memenuhi katil-katil di hospital.

Biar tak ramai pesakit. Biar semua orang sihat. Biar kawan-kawan doktor saya di hospital boleh rehat sedikit. Health is Wealth!

Selain kesihatan. Kekuatan ‘Emotional Intelligence’  banyak yang kami dapat melalui bisnes Shaklee.

Ni gambar kami masa 2004 – tak sangka, hanya seronok berkongsi kekuatan nutrisi shaklee, ter’buat’ bisness pulak.. hihi. Tetapi, itu lah keputusan yang terbaik saya telah lakukan. Meskipun banyak cabaran dalam perniagaan ini, sangat berbaloi.

Syukur. Kini saya sedar, Allah has a good plan for us dan Shaklee adalah platform untuk dia mengasah kekuatan jiwa kami. Dia ada plan untuk kami. Feeling Blessed.

Pergantungan pada Allah semakin akrab. Melayan pelbagai karenah manusia, mematangkan kami dalam komunikasi kemanusiaan.

Banyak perkara ini saya tak dapat dalam dunia pekerjaan. Setiap bulan ada gaji, rasa sangat selamat.

Bersyukur tetapi ada sesuatu yang kurang dan kosong dalam diri.

Kebebasan membuat apa yang saya suka!.

Terlalu sibuk jaga orang sakit, kadang-kadang anak sendiri sakit, bibik yang jaga sebab tak dapat cuti. Masa di rumah terhad. 8 jam dah tentu di tempat kerja. Tak nampak anak depan mata. Sebagai ibu, syurga kita adalah bila sentiasa bersama anak-anak. Dan itulah impian saya. Spending more time with them.

Itu semua pengalaman yang saya kutip 9 tahun lepas. Sangat mematangkan kami. Hidup sekali je, kenapa perlu stress hari-hari. Betul ke Betul?

Alhamdulillah, Things changed now! Dulu susah nak tengok orang sekulit dengan kita makan supplement. Sekarang ni bila buka fb – ramai yang dah mula share produk-produk Shaklee. Pada saya itu menunjukkan kesedaran tentang kepentingan supplements dalam kehidupan sekarang.

Saya gembira bila melihat ramai prihatin terhadap kesihatan sendiri. Cuma apa yang saya perhatikan, jangan terlalu mengejar UV. Bila niat kita lebih ikhlas, perkongsian akan jadi lebih manis. Rezeki Allah seperti udara. Cukup untuk semua orang. Hidup lebih tenang.

Shaklee has changed my life since 2004.

It changed our health.
It changed our thinking.
It change our maturity.

For me, it is not just health or products, but a gift of new opportunity to a new life.

Kepada anda yang prihatin untuk menggunakan supplement – Shaklee adalah  pilihan yang anda boleh fikirkan secara serius.

Salam Kejayaan,

- Dr. Malinda


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Set Gastrik

Leave a comment

Apa itu Gastrik?

Gastrik atau istilah perubatannya Gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.  Lazimnya keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter Plylori (H. Plylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Bagaimana Gastrik Terjadi?

Secara mudahnya perut kita umpama kapas yang berlipat-lipat sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan.  Apabila perut kosong, tisu tadi berlipat dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk.  Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus.  Ketika proses pencernaan berlaku, kalenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastri, enzim dan asid perut untuk bantu pencernaan.  Dan antara asid yang dirembes ialah asid Hidroklorik.  Asid ini seperti yang kita sedia maklum bersifat menghakis dan juga tiada kesimbangan keasidan dalam perut boleh menyebabkan radang yang lebih teruk.

Punca Lain Terjadinya Gastrik

  • Peminum Arak (arak bersifat asid)
  • Perokok
  • Makan dengan berlebihan
  • Makan makanan terlalu pedas
  • Sering guna ubat penahan sakit
  • Jangkitan
  • Tidak Menjaga jadual waktu makan
  • Stress

Simptom Gastrik

  • Tiada selera makan
  • Tidak hadam dengan baik
  • Perut memulas – bila makan bertambah sakit
  • Muntah – Rasa Loya
  • Cirit – Birit
  • Lemah
  • Kembung perut
  • Pedih ulu hati

Bagaimana Shaklee mengatasi GASTRIK?

Energizing Soy Protein – ESP

  • Merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
  • Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Ostematrix

  • Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

Peppermint Ginger Plus

  • Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.
Slide1

Set Gastrik Shaklee

 TESTIMONI PESAKIT GASTRIK

testi set gastrik 02

testi set gastrik 03

    berminat dengan produk ini


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Set Untuk Pesakit Diabetes

Leave a comment

diabetis 02

APA ITU DIABETIS / KENCING MANIS?

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya.  Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama (I)

juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus’) atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua (II)

boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

diabetis 03

Kira-kira 8.3% dari orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, dan kebanyakannya diabetes type 2. Diabetes jenis ini dikatakan bersifat keturunan, yakni bila ibu bapa ada menghidap diabetes, anak-anaknya mempunyai risiko sehingga 80% untuk turut menghidapnya.  Namun kajian terbaru menunjukkan bahawa tabiat memberi makan terlalu awal kepada bayi mendedahkan mereka kepada diabetes type 2 bila dewasa nanti.

Kencing manis berlaku apabila kelenjar pankreas sentiasa menggunakan insulin dan kadangkala melebihi paras normal. Pada masa sama badan tidak dapat menggunakan insulin ini, menjadikan pesakit dalam keadaan tidak cukup insulin.

diabetis

Insulin adalah sejenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah. Apabila kita makan atau minum, kandungan gula dalam makanan atau minuman itu meransang kelenjar pankreas untuk menghasilkan insulin.

Insulin ‘membenarkan’ gula yang dipecahkan dalam bentuk ringkas dalam darah berpindah ke sel bagi membolehkan sel berfungsi.

Bagaimanapun, sekiranya proses pemindahan tidak berlaku (akibat kekurangan insulin), darah akan mempunyai gula yang berlebihan. Maka dengan itu akan berlakulah kencing manis.

Bagaimana Set Kencing Manis  Shaklee Berfungsi?

Set Untuk Pesakit Diabetes

 

Selain daripada Set Untuk Pesakit Diabetes Shaklee tersebut, pesakit Diabetes juga boleh mengambil Vivix untuk kesan yang lebih baik.

Slide1

Testimoni Pesakit Diabetes

 

berminat dengan produk ini


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

NutriFeron

Leave a comment

NUTRIFERON 01

Tinggalkan paracetamol sekarang! Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.

NUTRIFERON 02

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.

Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.

Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan.

Antara sistem pertahanan semulajadi badan:

  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.

Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.

Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.

2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.

3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.

4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.

5. Mereka yang sering stress.

6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.

7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.

8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:

  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

NUTRIFERON

6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?

  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  1. Meningkatkan paras interferon secara semulajadiPara saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
  1. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui InterferonAhli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan      penyelidikan di Universiti Tokyo.
  1. Rumusan Berpaten Yang EksklusifNutriFeron tidak dapat dijumpai      di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan      berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah      melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan,      ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  1. 40 tahun kajian - Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  1. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini,      yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal      Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of      Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

TESTIMONI PENGGUNA NUTRIFERON :)

TESTI NUTRIFERON 02

TESTI NUTRIFERON 03

testi meal shake 02

TESTI NUTRIFERON 04

testi nutriferon 01

TESTI NUTRIFERON 06

berminat dengan produk ini


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

B Complex

Leave a comment

Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? 

Tekanan hidup,pengambilan alcohol dan ubat2 preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan pengurangan Vitamn B di dalam tubuh.
Vitamin B sangat PENTING untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada dari segi kesihatan jantung, sintesis DNA, mengurus tekanan dan membina tenaga metabolisme. Kajian terbaru membuktikan bahawa Vitamin B berupaya meningkatkan penglihatan mata dan system pernafasan!
Kenapa Shaklee B Complex menjadi pilihan??
Shaklee B Complex mengandungi kesemua keluarga 8 Vitamin B yang diperlukan tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang utk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ2 penting yg lain
iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.
B Complex  Shaklee mengandungi penyaluran zat makanan berpaten utk meningkatkan penyerapan nutrient penting iaitu asid folik. Jumlah asid folik yg mencukupi di dalam diet wanita TERBUKTI dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang!
Siapa sebenarnya yang perlu B Complex?
Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang :
  •  Terdedah kepada sinaran matahari
  •  Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  •  Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  •  Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan  yang dilakukan.
  •  Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  •  Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  •  Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  •  Wanita yang mengambil pil perancang

 

Testi B Complex

Testi B Complex

Testimoni Pengguna B-Complex

berminat dengan produk ini

 


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Cinch Shake

Leave a comment

CINCH SHAKE 03

Kurus Dengan Cinch Shakes

Diet yang gagal ?

Selain dari tak control makan, dan tak senaman, sememangnya diet anda akan gagal. Oklah, anda kata anda dah tak makan nasi, tengah hari tak makan, cuba berlapar. Ada yang berjaya turun dalam 2-3 kg, tapi oklah lepastu nak makan nasi sebab terasa nikmat, tengok -tengok bila tak terjaga, berat mula naik kembali mendadak . Kenapa diet berlapar ni tak jadi ? Ok inilah satu kesan yang di panggil yoyo effect. Masalah yang berlaku di sini ialah, bila kita kurang makan, kita bukannya membuang lemak, tapi apa yang berlaku, jisim otot kita menjadi lemah dan berkurangan, jadi yang hilang berat tu cumalah otot kita sahaja. Bila kita start makan balik, yang bertambah cumalah lemak. Di sini kita perlu tahu, otot sangat penting untuk menguatkan metabolisme yang mampu membakar lemak.

KURUS 01

Apa Itu Leucine ?

Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita bersenam, berkebun atau membasuh kereta. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.

 

Beza Cinch dengan ESP

CINCH VS ESP

Produk protein yang popular selain Cinch ialah Energizing Soy Protein (ESP), yang memang sesuai dijadikan sumber protein, yang banyak khasiat dan kelebihannya. Antara beza yang ketara ialah kandungan multivitamin yang lebih banyak terdapat di dalam Cinch berbanding ESP. Mengikut pakar Shaklee, Cinch memang direka khas untuk kuruskan badan. Walaubagaimanapun, ESP juga berkesan untuk kuruskan badan. Di dalam Cinch, kandungan Leucine dirahsiakan, sebagai satu paten khas Shaklee, supaya formula kandungan Leucine tidak dapat ditiru oleh syarikat lain.

3 Perisa Terbaik

CINCH SHAKE 02

Cinch Shake Shaklee di Malaysia boleh didapati dalam 3 perisa, vanila, coklat dan cafe latte. Biasanya anda boleh beli mengikut citarasa anda. Kalau nak menarik lagi, boleh je gabungkan perisa tersebut, tapi perlulah mengikut kesesuaian dan sukatan diet yang bagus. Jangan pulakterlebih protein, bahaya tau, nanti silap boleh gemuk. Ada juga yang menggabungkan ESP dan CINCH sebagai minuman pagi pengganti sarapan, ternyata memang SEDAP !!!!

TESTIMONI PENGGUNA CINCH SHAKE ;)

testi cinch shake 02  testi cinch shake 03

berminat dengan produk ini


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Set Gastrik

Leave a comment

gastrik 02

Gastritis terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati.

Apakah simptom-simptom penyakit gastric/gastritis:

1) Sakit ulu hati

2) Rasa mual

3) Rasa perut kembung

4) Kemungkinan pesakit juga akan muntah

Apakah punca penyakit gastritis/penyakit gastirk?

1) Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal

2) Tekanan/stress

3) Pengambilan ubat-unat penahan sakit seperti ponstan dancoltaren dalam jangka masa yang panjang

4) Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii

5) Merokok

 Jika anda telah mengidap penyakit gastrik apa yang perlu anda lakukan?

1) Makan secara teratur

2) Elakkan makanan yang pedas dan masam

3) Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe

4) Mengawal stress dengan bijak

5) Elakkan minuman berkarbonat

6) Berhenti merokok

Apakah penyakit ini boleh dirawat?

Penyakit gastrik boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya. Terdapat vitamin dan suplemen yang dapat membantu menyembuhkan Gastritis. Berikut adalah vitamin dan suplemen semulajadi untuk merawat penyakit tertentu secara alami seperti Gastrik dan Peptic ulser. Produk-produk ini semula jadi dan Non-GMO. Dihasilkan melalui penyelidikan yang rapi oleh para saintis Shaklee.

ESP (Energizing Soy Protein)

Protein merupakan keperluan asas sel. Untuk menggantikan sel yang rosak, pastinya memerlukan sumber protein yang baik dan mencukupi. Protein juga dapat meningkatkan ketahanan tubuh.

B-complex

B-complex terdiri daripada 8 kumpulan vitamin B dan hanya berfungsi dengan efektif apabila semua komponen hadir bersama. Vitamin b-complex bertindak sebagai ubat penenang atau anti-stress. Stress boleh menyumbang kepada terjadinya gastrik, jadi b-complex dapat membantu. Ia juga membantu pengeluaran antibodi. Gastrik mungkin terjadi disebabkan jangkitan, jadi untuk melawan jangkitan, antibodi yang cukup harus hadir.

Ostematrix

Ia mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu meredakan masalah gastrik.

TESTIMONI PENGGUNA SET GASTRIK SHAKLEE :)

testi esp 05

berminat dengan produk ini

 


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Vivix

Leave a comment

testimoni vivix 09

Manfaat VIVIX Shaklee

1. Memperbaiki DNA.

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

2. Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3. Mengembalikan keremajaan.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar.

Siapa yang memerlukan vivix

# VIVIX mempunyai 4 mekanisme untuk melawan penuaan selular.

Mekanisme 1 : Melindungi dan membaiki sel DNA

Mekanisme 2 : Memberi impak dalam pengawalan GENETIK.

Mekanisme 3 : Menggalakkan pembentukan baru MITOCHONDRIA.

Mekanisme 4 : Melambatkan pembentukan protein ACE.

 

# 4 ramuan utama VIVIX

Ramuan 1 : Anggur Muscadine

Ramuan 2 : Lobak Ungu

Ramuan 3 : Elderberry

Ramuan 4 : Polygonum Cuspidatum

Slide1

# 5 perkara penting yang anda perlu tahu tentang VIVIX

Perkara 1 : Sumber utama VIVIX adalah resveratrol

Perkara 2 : 2340 kali menjadi bahan makanan utama dijadikan rujukan

Perkara 3 : VIVIX adalah produk Shaklee yang telah di patenkan

Perkara 4 : Dari sumber semulajadi

Perkara 5 : >5000 “Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC)” dalam setiap hidangan.

 

TESTIMONI PENGUNA-PENGGUNA VIVIX ;)

Testimoni vivix 02

TESTI VIVIX 10

Slide1

testi vivix 01

testi vivix 02

testi vivix 03

testi vivix 04

berminat dengan produk ini


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA

Carotomax

Leave a comment

carotomax

VITAMIN UNTUK MATA DAN MENCEGAH KANSER

* Ia memberi perlindungan sel-sel dari dalam.  Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

*Ia memberi perlindungan secara menyeluruh dan berkesan.
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi.

*CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia.

# 5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat.

# Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.

# Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.

# Menguatkan sistem imun.

# Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.

# Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.

# Dilengkapi Astaxanthin iaitu sejenis Caratenoid yang merupakan sumber anti-oksidan dan anti-radang terbaik dan menghalang radikal bebas dan mencegah ‘oxidative damage’ pada tisu badan.

Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan

  • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
  • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

SANGAT DISARANKAN JIKA ANDA:

**Rabun
**Berusia
** Mahu kekalkan kesihatan mata
**Ada arthritis
** Iingin kesihatan badan yang menyeluruh
** Ibu mengandung tidak sesuai mengambilnya.

Sumber dari: https://www.facebook.com/messages/MummyRyan

testimoni carotomax

berminat dengan produk ini


Informasi ini sangat berguna, BERITAHU RAKAN ANDA